Wednesday, March 28, 2007

Musik, Sumbangan Islam


Kemajuan umat muslimin dalam bidang muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kemajuan yang dicapai mereka dalam bidang ilmu matematik. Umat muslimin mengenal skala-skala nada, skel-skel tali alat muzik dan irama-irama seni sebelum dikenali oleh orang-orang Eropah beberapa abad lamanya.

Orang-orang Eropah mengenali teori-teori musik dalam masa pengaruh kebudayaan Islam menjalar ke Eropah.

Sumber-sumber musik Islam adalah bertunjang kepada musik-musik Byzantine dan Farsi di samping musik-musik Arab sebelum Islam. Tokoh-tokoh yang berjasa membancuhkan tiga sumber ini ialah Said Bin Misjah (683M) yang telah mempelajari seni-seni musik itu dan mengkombinasikannya , dan dengan demikian beliaulah yang meletakkan batu asas pertama bangunan musik Islam.

Muridnya Ibni Muhriz (715M) telah maju lagi beberapa langkah ke depan dalam bidang ini. Kemudian muncul pula Yunus al-Katib kira-kira tahun 742M. Beliau seorang ahli musik dari juru-juru iring Khalifah al-Walid yang ke II. Beliau telah menulis buku-buku Arab yang paling tua dalam ilmu musik, di antaranya sebuah buku yang berjudul “Kitab al-Qian”.

Dalam period kegiatan penterjemahan yang aktif di zaman pemerintahan al-Rashid dan al-Ma’mun, banyak karangan-karangan dalam bahasa Greek di dalam lapangan ilmu musik telah disalin ke bahasa Arab. Selepas itu muncul pula period karangan-karangan dalam bahasa Arab mengenai ilmu musik. Ishak al-Mawsili yang menjadi penyeri istana Harun al-Rashid telah menulis beberapa buah buku mengenai musik. Ahli falsafah terkenal al-Kindi …juga telah menulis tujuh buah buku mengenai ilmu musik. Di dalam buku itu beliau telah menulis dengan terperinci peraturan-peraturan irama musik……..

Sumbangan Islam Kepada DuniaM.M.Shariff. Terjemahan Yusoff Zaky Yacob





No comments: